Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan Hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara Dan Negara Sejahtera” Minggu pertama pertama sekolah seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioekonomi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal. Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah seperti berikut:
1. Melibatkan murid, guru, ibubapa dan komuniti
2. Sebahagian pendekatan PdP
3. Aktiviti yang seronok, santai tetapi terancang
4. Komunikasi berkesan
5. Memupuk kerjasama dan persefahaman yang erat
6. Mempunyai nilai pendidikan dan infomatif
Justeru itu, pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang Program PENA yang bertemakan “Seronoknya Sekolah” sebagai persediaan mental murid-murid untuk meneruskan pendidikan formal. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-murid untuk hadir ke sekolah seterusnya berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.