Kecemerlangan Matlamat Kami
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara
Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SMKRP
setanding dengan
sekolah-sekolah di
Daerah Klang.
Karnival Kebudayaan, Hari Koperasi dan Keusahawanan Tahun 2023 merupakan satu atkivti yang mengumpulkan bakat muriddalam bidang kesenian dan keusahawanan. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid SMK Rantau Panjang Klang serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kelab Muzik dan Kebudayaan, Kelab Usahawan, Kelab Koperasi serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dipertangguhjawabkan untuk mengelola dan melaksanakan karnival ini.
Karnival ini telah berlangsung pada 22.7.2023, Hari Sabtu bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Ramai orang telah hadir ke festival yang sudah lama tidak dianjurkan oleh SMK Rantau Panjang, Klang walaupun cuaca pagi tersebut hujan dan mendung. Antara objektif karnival ini ialah :
memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat masing masing dalam bidang muzik, di samping membentuk keyakinan diri, kemahiran sosial dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan .merapatkan hubungan antara komuniti Kampung Rantau Panjang dengan sekolah dan memberi peluang kepada Kelab/Persatuan,guru-guru dan murid-murid menjana pendapatan dengan menyertai gerai jualan
Karnival ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Rizal bin Moideen Kutty selaku Ketua Pegawai Eksekutif IM Sinergi SDN.BHD
Pelbagai gerai jualan, kaunter perkhidmatan dan persembahan kebudayaan akan disediakan untuk pengunjung karnival.
Pada 8-9 Julai, satu Program ICT Boot Camp 2022 Peringkat Negeri telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia bertempat di Unisel Kampus Bestari Jaya. SMKRP telah menghantar seramai 10 orang pelajar untuk menyertai program tersebut.
Projek Kumpulan Terbaik Kursus Little Data Scientist
Projek Kumpulan Terbaik Kursus Usahawan Digital
Projek Kumpulan Terbaik Kursus Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)