Kecemerlangan Matlamat Kami
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara
Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SMKRP
setanding dengan
sekolah-sekolah di
Daerah Klang.
Pada 10/4/2022, telah berlangsung Pelancaran Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2023. Pelancaran Pusat Sumber Sekolah telah dirasmikan oleh Pengetua SMKRP iaitu En.Azmuddin bin Muhamad. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan sempena Minggu Pusat Sumber seperti membuat kad Hari Raya, Biacar buku dan Pengkarya Muda.
Pada Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber ini, adik Nur Sabrina bt Mohd Fairus dari kelas 5B telah mempersembahkan Bicara Buku Bahasa Melayu. Selain itu, adik Muhammad Erfan bin Zasali dari kelas 4A turut membuat persembahan Bicara Buku Bahasa Inggeris
Bulan Ramadhan merupakan bulan mulia buat umat islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang- orang mukim. Ramadhan, datangnya dinantikan perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukimini. Oleh itu, Pihak Panitia Pendidikan Islam telah menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah dibulan mulia ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan. Antara objektif program Ihya Ramadhan ialah
(a) Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al Mubarak
(b) Megeratkan ukhwah dalam kalangan warga sekolah
(c) Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
Antara program yang dijalankan ialah Tadarus Al Quran, Kuiz Ramadan, Tazkirah Ramadan, Masih ada yang saying dan Tazkirah Ramadhan.
Pada 23.Mac.2023, Pelancaran Ihya Ramdhan telah dijalankan bertempat di Dewan Kastam. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMKRP, En.Azmuddin bin Muhamad. Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat al quran dan tafsir oleh Adik Hazif dan Hafiz dari kelas 5Amanah.
Pada majlis yang sama juga, Pihak Panitia Pendidikan Islam telah menjemput Imam Muda Nazrul untuk memberikan ceramah berkaitan dengan Ihya Ramadhan dan Kuiz Ramadhan . Kuiz Ramadhan telah dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Arifin dan Ustazah Norlizat.
Tahniah atas pelantikan 1. Pn. Nor Azima binti Musannef sebagai PK Kokurikulum yang baru menggantikan En. Muhamad Shahrudin bin Saring yang akan bersara mulai 1 April 2023.
2. En. Rosli bin Kimin selaku PK Petang menggantikan Pn.Azima binti Musannef . Perlantikan ini berkuatkuasan 3.4.2023.
Selamat datang, Pn. Rafidah binti Ismail (GKMP BAHASA) menggantikan En. Rosli bin Kimin. Mula bertugas pada 10 April 2023 (Isnin) Semoga terus cemerlang memimpin jabatan bahasa SMK RP. Terima kasih. RP SMART