Pada 11/5/2024, telah diadalam satu program gotong-royong untuk mengecat kawasan sekolah terutamanya taman, Arca dan tiang besi di sepanjang koridor sekolah. Selain ini program ini bertujuan untuk menaik taraf serta menceriakan kawasan sekolah supaya menjadikan sekolah lebih kondusif dan cantik. Program ini disumbang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebanyak RM 10 000.
Sebanyak 34 persatuan akademik dan ko akademik dipilih untuk mengecat beberapa bahagian di dalam kawasan sekolah . Semua guru SMKRP beserta murid-murid persatuan tersebut akan bekerjasama menaiktaraf pesekitaran sekolah. Ini juga dapat melibatkan murid dalam program komuniti.
Puan Suriya Prabha a/p Ponnambalam sedang memberikan taklimat kepada para guru tentang gotong-royong madani 2024
Antara OBJEKTIF Antara aktiviti yang akan dijalankan oleh warga SMKRP yang terlibat ialah :
Mengecat tiang batu
Mengecat tiang besi di sepanjang susur gajah di sekolah
Mengecat taman serta arca
Menceriakan serta membersihkan kolam
Mengecat tangga serta pentas
Kelihatan En.Haizie, Pengerusi PIBG SMKRP turut hadir bagi bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Madani 2024
Murid-murid sedang mengecat bahagian hadapan Studio Reka Cipta
Seorang murid sedang mengecat tiang bahagian hadapan kantin
Bahagian hadapan "LOVE SMKRP" sudah dicat dan akan bertambah seri terutamanya pada sesi fotografi kelas nanti.
Antara sebahagian guru dan murid yang hadir pada Gotong-Royong Madani 2024 hari ini
Tiang pada bahagian hadapan bilik pengawas telah dicat oleh murid-murid dan guru.
Murid sedang mengecat tayar pada Laman Inovasi Rekacipta
Kolam ini ditimbuskan dengan tanah untuk mengelakkan kehadiran jentik-jentik.
Modul Globe telah dicat oleh guru-guru dan murid.
Murid-murid sedang mengecat jambatan di hadapan Bengkel RBT
Guru-guru dan Kelab Bahasa Tamil dan Mandarin mengecat tiang pada ruang parkir kereta
Ajk Pelupusan Gotong Royong Madani sedang menjalankan aktiviti pelupusan .
TERIMA KASIH DIUCAPKAN kepada semua guru dan murid telah sama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Madani 2024