Pada 22/6/2022, Panitia Sains dan Matematik telah mengadakan Karnival Sains dan Matematik. Program tersebut berlangsung sepanjang hari bagi sesi pagi dan sesi petang. Antara objektif Karnival Sains dan Matematik adalah untuk menjadikan subjek Sains dan Matematik menyeronokkan.
Selain mengadakan Karnival Sains dan Matematik, terdapat pertandingan lain yang dijalankan. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Pertandingan Rubrics, Infografik Matematik, Kuiz Online Matematik, Kuiz Fizik, Kuiz Kimia dan Pertandingan Permainan Matematik
Mr.Eric Tan dari Kids Station Marketing Sdn Bhd turut dijemput untuk memberikan pertunjukan dan pertandingan Rubrics. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.