Pada 22.6.2024, telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sesi 2023/2024. Majlis telah dirasmikan oleh ENCIK NORIZAN BIN HAJI MOHD AMIN

Pegawai Khas kepada Datuk Hji Mohd Roslee bin Abd Hamid iaitu Penyelaras DUN Sementa

 

 

Bacaan doa oleh Ustaz Zamri  

            Ucapan oleh Pn.Hajah Umi Kalsom binti Mohd Wahi iaitu Pengetua SMKRP

                                                        Ucapan YDP PIBG 2023 iaitu En.Haiziee bin Mohd Saleh                                                         

 

Ucapan perasmian oleh ENCIK NORIZAN BIN HAJI MOHD AMIN Pegawai Khas kepada Datuk Hji Mohd Roslee bin Abd Hamid iaitu Penyelaras DUN Sementa

 

 

                                                                                                                           

 

 

Pada 20..6.2024, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Korban bertempat di Surau Annur SMKRP Klang. Sebanyak 3 kelas telah terlibat dalam program ini iaitu kelas tingkatan 4C,4D dan 4E. Seramai 155 orang murid bagi kelas-kelas yang terlibat telah dibawa ke pusat penyembelihan di Kg. Rantau Panjang. Murid-murid dapat menghayati dan melihat proses penyembelihan lembu korban.Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan sempena Program Korban Aidiladha kali ini. 

Setelah program di Pusat penyembelihan selesai, guru-guru dan murid-murid bergotong-royong memasak sup daging untuk di makan bersama-sama. Pada program hari ini, Puan Hajah Umi Kalsom binti Mohd Wahi iaitu Pengetua SMKRP Klang telah menyerahkan sumbangan daging korban kepada 40 orang penerima. 

 

Pada 11/5/2024, telah diadalam satu program gotong-royong untuk mengecat kawasan sekolah terutamanya taman, Arca dan tiang besi di sepanjang koridor sekolah. Selain ini program ini bertujuan untuk menaik taraf serta menceriakan kawasan sekolah supaya menjadikan sekolah lebih kondusif dan cantik. Program ini disumbang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebanyak RM 10 000.

Sebanyak 34 persatuan akademik dan ko akademik dipilih untuk mengecat beberapa bahagian di dalam kawasan sekolah . Semua guru SMKRP beserta murid-murid persatuan tersebut akan bekerjasama menaiktaraf pesekitaran sekolah. Ini juga dapat melibatkan murid dalam program komuniti.

Puan Suriya Prabha a/p Ponnambalam sedang memberikan taklimat kepada para guru tentang gotong-royong madani 2024

 

Antara OBJEKTIF Antara aktiviti yang akan dijalankan oleh warga SMKRP yang terlibat ialah :

 Mengecat tiang batu

 Mengecat tiang besi di sepanjang susur gajah di sekolah

 Mengecat taman serta arca

 Menceriakan serta membersihkan kolam

 Mengecat tangga serta pentas

Kelihatan En.Haizie, Pengerusi PIBG SMKRP turut hadir bagi bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Madani 2024

Murid-murid sedang mengecat bahagian hadapan Studio Reka Cipta 

Seorang murid sedang mengecat tiang bahagian hadapan kantin 

Bahagian hadapan "LOVE SMKRP"  sudah dicat dan akan bertambah seri terutamanya pada sesi fotografi kelas nanti.

 

Antara sebahagian guru dan murid yang hadir pada Gotong-Royong Madani 2024 hari ini 

Tiang pada bahagian hadapan bilik pengawas telah dicat oleh murid-murid dan guru.

Murid sedang mengecat tayar pada Laman Inovasi Rekacipta 

Kolam ini ditimbuskan dengan tanah untuk mengelakkan kehadiran jentik-jentik. 

Modul Globe telah dicat oleh guru-guru dan murid. 

Murid-murid sedang mengecat jambatan di hadapan Bengkel RBT

 Guru-guru dan Kelab Bahasa Tamil dan Mandarin mengecat tiang pada ruang parkir kereta 

 

Ajk Pelupusan Gotong Royong Madani sedang menjalankan aktiviti pelupusan .

 

TERIMA KASIH DIUCAPKAN kepada semua guru dan murid telah sama-sama menjayakan Program Gotong-Royong Madani 2024 

Pada 15 Mei 2024, Pengetua SMKRP Klang (Pn Hjh Umi Kalsom binti Mohd Wahi) telah menerima Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan (Menengah)  sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) .

Sebenarnya ia adalah satu pertandingan yang melibatkan negeri lain dimana Selangor ( SMK Rantau Panjang,Klang) menjadi Johan , mendahului negeri Kelantan (tempat kedua) dan Putrajaya (tempat ketiga). Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan iaitu YB Puan Fadhlina Sidek

 

Warga SMKRP Klang mengucapkan Tahniah kepada Puan Hajah Umi Kalsom binti Mohd Wahi di atas kejayaan menerima Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan (Menengah)

 


 

Pada 8.5.2024, telah diadakan Program Youth Head Start Ree Mind Leadership-Uitm via Neuro Linguistik Programming(A+ Mentality). Program ini merupakan jaringan kerjasama antara SMKRP Klang dengan Unit Pengkomersialan Uitm (BITCOM). Seramai 233 orang murid terlibat untuk program ini yang meliputi murid dari kelas Tingkatan 5E,5F,5,5H,5I,5J dan 5K. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya Dr.Azmi Abd Hamid. 

 

Ucapan oleh Pn.Hajah Umi Kalsom binti Mohd Wahi kepada murid-murid tingkatan 5 

Pn.Hajah Umi Kalsom  binti Mohd Wahi danProf Madya Dr.Azmi Abd Hamid menandatangani perjanjian jaringan kerjasama antara SMKRP dan UiTM.

Sesi ceramah Prof Madya Dr.Azmi Abd Hamid. bersama dengan murid-murid Tingkatan 5. 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMKRP

SMKRP

IKUTI SMKRP DI

📌FACEBOOK SMKRP

 

📌TVPSS SMKRP

📌TELEGRAM HEBAHAN INFO

(IBUBAPA/PENJAGA)

 

BARISAN PENTADBIR SMKRP

 

 

 

 

 

BULETIN RPSMART VOL.1(2022/2023)

 

BULETIN RPSMART VOL.2 (2023/2024)

ALBUM SEKOLAH