Tahniah atas pelantikan 1. Pn. Nor Azima binti Musannef sebagai PK Kokurikulum yang baru menggantikan En. Muhamad Shahrudin bin Saring yang akan bersara mulai 1 April 2023.
2. En. Rosli bin Kimin selaku PK Petang menggantikan Pn.Azima binti Musannef . Perlantikan ini berkuatkuasan 3.4.2023.
Selamat datang, Pn. Rafidah binti Ismail (GKMP BAHASA) menggantikan En. Rosli bin Kimin. Mula bertugas pada 10 April 2023 (Isnin) Semoga terus cemerlang memimpin jabatan bahasa SMK RP. Terima kasih. RP SMART
Pada 3/4/2023, bersamaan hari Isnin telah diadakan Majlis Perasmian Minggu Bahasa dan HIP bagi tahun 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKRP iaitu En.Azmuddin
Terima kasih diucapkan kepada dua orang pengacara majlis iaitu Nurul Nadhirah binti Kamaruddin (5B) dan Nur Sabrina binti Mohd Fairus (5B) kerana telah memerihakan majlis.
Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sempena Minggu Bahasa dan HIP ini. Antara aktivitinya ialah
PANITIA BAHASA MELAYU : Kuiz Terbuka, Mencipta Pantun Hari Raya
PANITIA BAHASA INGGERIS ; Scrabble, Impromptu Speech
PANITIA BAHASA CINA : Pertandingan Kaligrafi
PANITIA BAHASA ARAB : Tharwah Lughawiah
PANITIA BAHASA TAMIL : Kuiz Bahasa Tamil, Pertandingan Esei
HIP : Lets talk, Speakers Corner
Pada 24/3/2023, telah berlangsungnya proses pengundian bagi pemilihan Ketua Pengawas SMKRP bagi tahun 2023. Proses pengundian berlaku di Dataran Kastam yang dikendalikan oleh pihak Kaunselor dan guru-guru Pengawas . Proses pemilihan ini juga berlangsung di dalam kelas yang dkendalikan oleh guru matapelajaran.
Proses pemilihan undian ini melibatkan murid-murid tingkatan 3,4 dan 5. Murid-murid perlu memilih calon pilihan masing-masing dengan menggunakan google form yang telah disediakan. Setiap murid perlu memilih sekali sahaja.
Nantikan keputusan pemilihannya nanti ....
Proses pengundian yang dijalankan di Dataran Kastam dibantu oleh kaunselor dan guru-guru pengawas.
Proses pengundian yang dijalankan di Dataran Kastam dan di dalam kelas