Pada 3/4/2023, bersamaan hari Isnin telah diadakan Majlis Perasmian Minggu Bahasa dan HIP bagi tahun 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKRP iaitu En.Azmuddin
Minggu Bahasa Peringkat SMK Rantau Panjang merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Program ini melibatkan usaha kolaboratif antara lima bahasa di bawah Bidang Bahasa yang ditawarkan di sekolah ini iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kebangsaan, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Arab.
Program ini bermatlamat untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi di sekolah di samping memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua serta mengiktiraf Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Bahasa Arab. Program ini juga akan dapat menyedarkan warga sekolah tentang kepentingan penggunaan bahasa dalam penyebaran ilmu. Penggunaan bahasa yang betul dan tepat akan dapat memudahkan penyebaran ilmu bagi meningkatkan martabat bangsa dalam kalangan murid SMK Rantau Panjang bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama
Majlis turut diserikan dengan persembahan lakonan deklamasi sajak dalam pelbagai bahasa oleh murid-murid dan Ustazah Rahimah.
Terima kasih diucapkan kepada dua orang pengacara majlis iaitu Nurul Nadhirah binti Kamaruddin (5B) dan Nur Sabrina binti Mohd Fairus (5B) kerana telah memerihakan majlis.
Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sempena Minggu Bahasa dan HIP ini. Antara aktivitinya ialah
PANITIA BAHASA MELAYU : Kuiz Terbuka, Mencipta Pantun Hari Raya
PANITIA BAHASA INGGERIS ; Scrabble, Impromptu Speech
PANITIA BAHASA CINA : Pertandingan Kaligrafi
PANITIA BAHASA ARAB : Tharwah Lughawiah
PANITIA BAHASA TAMIL : Kuiz Bahasa Tamil, Pertandingan Esei