PERINGATAN MESRA : COVID-19, CUACA PANAS, JEREBU (U/P : Semua Warga SMKRP Klang)
COVID-19
Mohon semua warga SMKRP mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan disebabkan peningkatan kes COVID-19
: DIGALAKKAN untuk memakai Pelitup Muka.
Menjaga jarak diantara satu sama lain.
Menjaga kebersihan tangan.
Kuarantin diri sekiranya positif Covid
. Dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan sekiranya tidak sihat ATAU bergejala dan berehat di rumah.
CUACA PANAS
Mohon semua warga SMKRP mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko STROK HABA :
Elak waktu puncak antara 11.00pg - 4.00ptg.
Banyakkan minum air kosong walaupun tidak dahaga sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.
Dapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas.
Haiwan berbisa juga akan mencari tempat yang sejuk untuk berteduh. Sentiasa berhati-hati walaupun dimana pun anda berada.
JEREBU
Dapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda atau gejala :
gatal dikerongkong dan batuk
sukar bernafas @ sesak nafas
mata pedih dan berair
hidung berair dan kerap bersin
kulit badan terasa gatal
sakit dada Harap maklum.
Β
UNIT HEM, SMKRP Klang 1 Mei 2023