PEMILIHAN KETUA BAGI MENERAJU KEJAYAAN SEKOLAH

Oleh: Nur Arlieya Najwa (5B)

Penulis artikel Buletin RP-Smart

 

               Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang telah mengadakan Pilihan Raya Umum Sekolah bagi melantik ketua murid dan pengawas bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025. Terdapat lima orang calon daripada wakil pengawas sekolah yang sudah dipilih untuk diberikan kepercayaan bagi memegang jawatan tersebut. Hanya seorang sahaja daripada lima orang calon itu yang akan dijadikan ketua murid dan pengawas selepas sesi pengundian daripada warga sekolah dijalankan. Beberapa parti sudah ditubuhkan oleh bakal pemimpin pelajar yang akan dipertanggungjawabkan untuk membantu guru dalam pengurasan luar atau dalam sekolah.  Berikut adalah  nama dan parti calon pilihan raya tahun ini. 

               Calon yang pertama ialah Muhammad Ziyad Arif bin Hanon Nazir daripada kelas 4 Bestari yang mewakili Parti Ulam Raja.  Antara isi kandungan manifesto beliau ialah cadangannya untuk meletakkan rak buku di setiap kelas. Hal ini membolehkan murid-murid SMK Rantau Panjang meletakkan buku teks mereka di sekolah tanpa perlu membawanya di dalam beg lagi.

Seterusnya, calon lelaki kedua diberi nama Dinie Yafie bin Mohd Musni turut daripada kelas 4 Bestari.  Parti Lobak Putih merupakan parti yang beliau wakili untuk dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini. Antara perincian manifesto yang beliau bincangkan adalah cadangkannya untuk meletakkan mesin water dispenser di dalam kawasan sekolah. Mesin air tersebut boleh digunakan oleh setiap warga sekolah yang kehabiasan air ataupun terlupa membawannya dengan bayaran secara percuma sahaja.

               Selain itu, calon perempuan untuk pilihan raya edisi kali ini ialah Nurhuuriyah Aqillah binti Nurmuhammad daripada kelas 5 Amanah. Parti yang beliau tubuhkan bersama ahli jawatan kuasa dinamakan sebagai Parti Bunga Kubis. Salah satu manifesto yang beliau bentangkan kepada pihak sekolah ialah mengadakaan program ‘SMKRP DAY OUT’.  Antara aktiviti yang beliau kemukakan melalui program ini adalah persembahan bakat daripada murid-murid sekolah, memberikan peluang untuk kelab sekolah berniaga dan juga memberikan ruang kepada orang luar untuk menyewa tapak berniaga pada hari terebut.

 

 

 Calon perempuan kedua ialah Raudhatul Jannah binti Abdul Rahman daripada kelas 5 Bestari. Parti yang beliau tubuhkan dipanggil sebagai PartI Bunga Kantan. Antara manifesto yang beliau bicarakan iaitu cadangannya untuk meletakkan vending machine di dalam kawasan sekolah. Cadangan ini memberikan banyak maanfaat terutamannya mereka yang berada di Blok Kenangan ekoran kepayahan warga sekolah untuk membeli makanan sewaktu rehat kerana jarak blok tersebut agak jauh daripada kantin.

 

               Calon bakal pemimpin pelajar yang terakhir merupakan wakil daripada kelas 5 Fleksi iaitu Nur Fakhirah Syakila binti Abdul Razak. Parti yang beliau tubuhkan untuk dipertandingan diberi nama sebagai Parti Brokoli. Salah satu manifesto yang beliau bincangkan adalah cadangan beliau untuk pihak sekolah membaik pulih kawasan padang sekolah. Jadi dengan penambah baikkan ini boleh memberikan keselesaan dan keselamatan kepada murid-murid untuk bersukan dengan tenang dan aman.

             

 

Justeru itu, kelima-lima calon Pilihan Raya Umum Sekolah pada tahun ini mempunyai potensi untuk menang dan merebut takhta sebagai  ketua murid dan pengawas. Sesi pengundiaan calon akan dijalankan secara atas talian bagi memudahkan semua pihak.  Pemilihan ketua ini bukan sahaja dinilai dari segi rupa dan kepintaran mereka sahaja. Sikap dan tingkah-laku seorang ketua juga seharuslah baik dan berjiwa rakyat dalam memahami isu-isu yang bakal warga sekolah kemukakan. Jika elok perilaku seorang pemimpin itu, maka eloklah orang-orang bawahannya.

 

              

               Keputusan akhir rasmi untuk pilihan raya kali ini telah disampaikan oleh pengetua Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang iaitu Puan Hajah Ummi Kalsom binti Mohd Wahi. Dengan memperolehi undian sebanyak 987 undi iaitu bersamaan dengan 52% daripada proses pengundian yang dijalankan secara atas talian tersebut. Maka dengan ini, calon daripada wakil Parti Ulam Raja telah dinobatkan sebagai ketua murid dan pengawas yang baru bagi tahun 2024/2025. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ziyad Arif bin Hanon Nazir yang telah berjaya merangkul keputusan johan dalam pilihan raya kali ini. Syabas kepada semua ahli jawatan kuasa parti yang bertungkus- lumus dalam menjayakan tugas masing-masing. Semoga pemimpin murid yang terbaru ini akan berusaha dalam membaik pulih segala pengurusan sekolah dalam meneraju masa depan yang lebih baik.

 

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMKRP

SMKRP

IKUTI SMKRP DI

📌FACEBOOK SMKRP

 

📌TVPSS SMKRP

📌TELEGRAM HEBAHAN INFO

(IBUBAPA/PENJAGA)

 

BARISAN PENTADBIR SMKRP

 

 

 

 

 

BULETIN RPSMART VOL.1(2022/2023)

 

BULETIN RPSMART VOL.2 (2023/2024)

ALBUM SEKOLAH