Pada 17/5/2022, telah diadakan satu kempen pilihan raya bagi memilih Ketua Pengawas SMKRP untuk sesi 2022. Terdapat 5 parti yang bertanding pada pemilihan kali ini.
Calon-calon ketua pengawas ialah
Calon- calon ketua Pengawas telah diberikan peluang selama lima minit untuk mempersembahkan manifesto masin-masing. Sebelum itu, semua warga SMKRP telah menonton video bagi setiap calon menerusi aplikasi whatapp dan telegram.
.
KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2022/2023
Proses buang undi dijalankan pada hari Selasa, 17 Mei 2022 . Seramai 2186 orang murid dan 136 orang guru/ AKP membuang undi.
Seramai 2322 orang yang telah membuang undi. Terdapat 7 undi yang rosak. Jumlah undian yang dikira ialah 2315 orang. Seramai 89 orang tidak keluar mengundi.
KEPUTUSAN UNDIAN
1. CALON DURIAN 35.2 % - 818 orang
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Farid Kamil Bin Ashari daripada Parti Durian kerana telah memenangi kempen pilihanraya kali ini, sekaligus dinobatkan sebagai Ketua Pengawas SMKRP 2022