Pada 18/8/2022 bersamaan Khamis, telah dilancarkan program Sekolahku Sejahtera : Sepakat dan Selamat. Program ini telah berlansung bermula dari jam 7.30 hingga 10.00 pagi. Majlis ini telah dilancarkan oleh  Pegawai Perhubungan Sekolah - Inspektor Wildan bin Mohd. Yusoff . Seterusnya, beliau juga telah melancarkan Peti Aduan Disiplin

Majlis Pelancaran Program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat Dan Selamat merupakan program anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) .Program ini dahulu dikenali sebagai Majlis Pemuafakatan KPM dan PDRM: Jom Ke Sekolah dan kini telah dijenamakan semula sejajar dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA.

Penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk memantapkan kolaboratif antara KPM dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya dengan penglibatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM manakala pihak AADK melaksanakan saringan ujian urin kepada murid-murid

KPM dan program pendidikan pencegahan dadah. Selain itu, pelancaran Portal Aduan Buli juga akan dilaksanakan dalam majlis ini.

Majlis pelancaran diadakan secara seretak di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah secara hybrid melalui pautan : Pautan Youtube KPM : https://you.be/X-D1dqPrN4s Pautan Facebook KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia)

 

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMKRP

SMKRP

IKUTI SMKRP DI

📌FACEBOOK SMKRP

 

📌TVPSS SMKRP

📌TELEGRAM HEBAHAN INFO

(IBUBAPA/PENJAGA)

 

BARISAN PENTADBIR SMKRP

 

 

 

 

 

BULETIN RPSMART VOL.1(2022/2023)

 

BULETIN RPSMART VOL.2 (2023/2024)

ALBUM SEKOLAH