Pada 21hb September 2022, Lebuhraya Grand Sepadu telah mengadakan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama daripada Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Klang Utara. Seramai 250 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang terlibat dalam program ini.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta pendidikan mengenai kepentingan undang - undang dan keselamatan jalan raya kepada generasi muda.
Antara tetamu-tetamu yang hadir ialah
S.I ABDUL SYUKOR BIN ABDUL RAHMAN - BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KLANG UTARA
EN AZRAI BIN MOHD ZAIN – PEGAWAI GRAND SEPADU (NK) SDN.BHD
EN ZULKHAIRY BIN A.RAHIM – PEGAWAI GRAND SEPADU (NK) SDN.BHD
EN NOR ASIDI BIN AB MANAF – PEGAWAI GRAND SEPADU (NK) SDN.BHD
EN. AWALUDIN BIN JANJAM – PEGAWAI GRAND SEPADU (NK) SDN.BHD
CIK AISYAH FATIHAH BIN HANAPI – PEGAWAI GRAND SEPADU (NK) SDN.BHD
OBJEKTIF PROGRAM ini ialah :
i) mempertingkatkan dan mengkukuhkan pengetahuan murid tentang asas keselamatan jalan raya
ii) mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah, pihak Grand Sepadu dan polis
iii) memupuk dan membudayakan amalan berhemah semasa mengunakan jalan raya di kalangan murid