Kecemerlangan Matlamat Kami
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara
Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SMKRP
setanding dengan
sekolah-sekolah di
Daerah Klang.
Pada 22.4.2024 telah berlangsungnya Majlis Watikah Lantikan Pengawas bagi sesi 2024 dan 2025. Majlis telah dirasmikan oleh Sarjan Norkamariah Binti Nor, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah daripada IPD Klang Utara. Majlis telah berlangsung di Dewan Kenanga bermula jam 11.pagi hingga 1.30 tengah hari.
Ucapan alu-aluan daripada Pengacara Majlis
u
Bacaan doa daripada Ustaz Ahmad bin Ariffin
Ucapan daripada Sarjan Norkamariah Binti Nor, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah daripada IPD Klang Utara.
Penyampaian watikah lantikan pengawas daripada Pengetua SMKRP Klang iaitu Puan Hajah Umi Kalsom binti Mohd Wahi
Penyampaian watikah lantikan pengawas daripada Pengetua SMKRP Klang iaitu Puan Hajah Umi Kalsom binti Mohd Wahi
Penyampaian watikah lantikan pengawas daripada Pengetua SMKRP Klang iaitu Sarjan Norkamariah Binti Nor, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah daripada IPD Klang Utara.
Pada 22.4.2024 telah diadakan Majlis Watikah Lantikan Pengawas bagi sesi 2024/2025. Seramai 185 orang pengawas dari sesi petang dan pagi telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Tahniah kepada barisan kepimpinan pengawas sekolah yang telah dilantik.
GAMBAR 1 : BARISAN MAJLIS TERTINGGI PENGAWAS bergambar bersama Sarjan Norkamariah binti Nor iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Klang Utara , barisan pentadbir dan barisan guru displin
GAMBAR 2 : BARISAN ENGAWAS TINGKATAN 5 bergambar bersama Sarjan Norkamariah binti Nor iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Klang Utara, barisan pentadbir dan barisan guru displin
GAMBAR 3 : BARISAN PENGAWAS TINGKATAN 4 bergambar bersama Sarjan Norkamariah binti Nor iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Klang Utara, barisan pentadbir dan barisan guru displin
GAMBAR 4: BARISAN PENGAWAS TINGKATAN 3 bergambar bersama Sarjan Norkamariah binti Nor iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Klang Utara, barisan pentadbir dan barisan guru displin
GAMBAR 5: BARISAN PENGAWAS SESI PETANG bergambar bersama Sarjan Norkamariah binti Nor iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Klang Utara, barisan pentadbir dan barisan guru displin
PEMILIHAN KETUA BAGI MENERAJU KEJAYAAN SEKOLAH
Oleh: Nur Arlieya Najwa (5B)
Penulis artikel Buletin RP-Smart
Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang telah mengadakan Pilihan Raya Umum Sekolah bagi melantik ketua murid dan pengawas bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025. Terdapat lima orang calon daripada wakil pengawas sekolah yang sudah dipilih untuk diberikan kepercayaan bagi memegang jawatan tersebut. Hanya seorang sahaja daripada lima orang calon itu yang akan dijadikan ketua murid dan pengawas selepas sesi pengundian daripada warga sekolah dijalankan. Beberapa parti sudah ditubuhkan oleh bakal pemimpin pelajar yang akan dipertanggungjawabkan untuk membantu guru dalam pengurasan luar atau dalam sekolah. Berikut adalah nama dan parti calon pilihan raya tahun ini.
Calon yang pertama ialah Muhammad Ziyad Arif bin Hanon Nazir daripada kelas 4 Bestari yang mewakili Parti Ulam Raja. Antara isi kandungan manifesto beliau ialah cadangannya untuk meletakkan rak buku di setiap kelas. Hal ini membolehkan murid-murid SMK Rantau Panjang meletakkan buku teks mereka di sekolah tanpa perlu membawanya di dalam beg lagi.
Seterusnya, calon lelaki kedua diberi nama Dinie Yafie bin Mohd Musni turut daripada kelas 4 Bestari. Parti Lobak Putih merupakan parti yang beliau wakili untuk dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini. Antara perincian manifesto yang beliau bincangkan adalah cadangkannya untuk meletakkan mesin water dispenser di dalam kawasan sekolah. Mesin air tersebut boleh digunakan oleh setiap warga sekolah yang kehabiasan air ataupun terlupa membawannya dengan bayaran secara percuma sahaja.
Selain itu, calon perempuan untuk pilihan raya edisi kali ini ialah Nurhuuriyah Aqillah binti Nurmuhammad daripada kelas 5 Amanah. Parti yang beliau tubuhkan bersama ahli jawatan kuasa dinamakan sebagai Parti Bunga Kubis. Salah satu manifesto yang beliau bentangkan kepada pihak sekolah ialah mengadakaan program ‘SMKRP DAY OUT’. Antara aktiviti yang beliau kemukakan melalui program ini adalah persembahan bakat daripada murid-murid sekolah, memberikan peluang untuk kelab sekolah berniaga dan juga memberikan ruang kepada orang luar untuk menyewa tapak berniaga pada hari terebut.
Calon perempuan kedua ialah Raudhatul Jannah binti Abdul Rahman daripada kelas 5 Bestari. Parti yang beliau tubuhkan dipanggil sebagai PartI Bunga Kantan. Antara manifesto yang beliau bicarakan iaitu cadangannya untuk meletakkan vending machine di dalam kawasan sekolah. Cadangan ini memberikan banyak maanfaat terutamannya mereka yang berada di Blok Kenangan ekoran kepayahan warga sekolah untuk membeli makanan sewaktu rehat kerana jarak blok tersebut agak jauh daripada kantin.
Calon bakal pemimpin pelajar yang terakhir merupakan wakil daripada kelas 5 Fleksi iaitu Nur Fakhirah Syakila binti Abdul Razak. Parti yang beliau tubuhkan untuk dipertandingan diberi nama sebagai Parti Brokoli. Salah satu manifesto yang beliau bincangkan adalah cadangan beliau untuk pihak sekolah membaik pulih kawasan padang sekolah. Jadi dengan penambah baikkan ini boleh memberikan keselesaan dan keselamatan kepada murid-murid untuk bersukan dengan tenang dan aman.
Justeru itu, kelima-lima calon Pilihan Raya Umum Sekolah pada tahun ini mempunyai potensi untuk menang dan merebut takhta sebagai ketua murid dan pengawas. Sesi pengundiaan calon akan dijalankan secara atas talian bagi memudahkan semua pihak. Pemilihan ketua ini bukan sahaja dinilai dari segi rupa dan kepintaran mereka sahaja. Sikap dan tingkah-laku seorang ketua juga seharuslah baik dan berjiwa rakyat dalam memahami isu-isu yang bakal warga sekolah kemukakan. Jika elok perilaku seorang pemimpin itu, maka eloklah orang-orang bawahannya.
Keputusan akhir rasmi untuk pilihan raya kali ini telah disampaikan oleh pengetua Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang iaitu Puan Hajah Ummi Kalsom binti Mohd Wahi. Dengan memperolehi undian sebanyak 987 undi iaitu bersamaan dengan 52% daripada proses pengundian yang dijalankan secara atas talian tersebut. Maka dengan ini, calon daripada wakil Parti Ulam Raja telah dinobatkan sebagai ketua murid dan pengawas yang baru bagi tahun 2024/2025. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ziyad Arif bin Hanon Nazir yang telah berjaya merangkul keputusan johan dalam pilihan raya kali ini. Syabas kepada semua ahli jawatan kuasa parti yang bertungkus- lumus dalam menjayakan tugas masing-masing. Semoga pemimpin murid yang terbaru ini akan berusaha dalam membaik pulih segala pengurusan sekolah dalam meneraju masa depan yang lebih baik.
Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan Hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara Dan Negara Sejahtera” Minggu pertama pertama sekolah seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioekonomi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal. Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah seperti berikut:
1. Melibatkan murid, guru, ibubapa dan komuniti
2. Sebahagian pendekatan PdP
3. Aktiviti yang seronok, santai tetapi terancang
4. Komunikasi berkesan
5. Memupuk kerjasama dan persefahaman yang erat
6. Mempunyai nilai pendidikan dan infomatif
Justeru itu, pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang Program PENA yang bertemakan “Seronoknya Sekolah” sebagai persediaan mental murid-murid untuk meneruskan pendidikan formal. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-murid untuk hadir ke sekolah seterusnya berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.